Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

RON95 dinaikkan 2 sen minggu ini untuk menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat


Harga runcit petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.36 seliter, manakala RON95 naik dua sen kepada RM2.06 seliter sementara diesel naik sebanyak enam sen kepada RM2.14, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 21 Feb.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.06 dan RM2.14 seliter.

Menurut kenyataan itu lagi, harga runcit bagi kedua-dua produk dinaikkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Harga petrol terkini oleh KPDHEP




"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.04 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.08 seliter, tetapi masih di bawah had harga yang ditetapkan iaitu RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel,” menurut kenyataan itu.

Harga minyak dunia jatuh, kenapa harga Petrol Malaysia naik?

Mengenai keputusan kenaikan harga petrol yang diumumkan Kementerian Kewangan ini, ramai yang hairan kerana pada 11 Februari baru-baru ini, harga minyak dunia jatuh terendah sejak 13 bulan. Pasaran minyak terus menurun akibat krisis koronavirus.

OPEC dan sekutunya telah melaksanakan pengurangan 1.2 juta tong minyak sehari sejak awal tahun bagi mengurangkan lebihan bekalan.




Menurut laporan berita 3 hari lalu, harga minyak dunia jatuh lebih dari 25% pada Januari dengan minyak mentah Amerika Syarikat kembali di bawah USD50 setong selepas wabak koronavirus menyerang China.

China adalah pengimport terbesar minyak dunia sekaligus membangkitkan kebimbangan lebihan bekalan global.

Harap Kerajaan Malaysia lebih telus dan jangan asyik menipu rakyat.

BACA: Harga minyak terendah 13 bulan 

-Tun Carlos