Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiada "kuota tambahan" Haji untuk tahun 2020, hanya kuota rasmi saja meningkat



KUALA LUMPUR: Kuota rasmi haji untuk Malaysia dinaikkan kepada 31,600, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

“Kemudahan prapelepasan bagi jemaah haji Malaysia diteruskan untuk musim haji akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, bayaran visa sebanyak 300 riyal (RM325) akan dikenakan bagi jemaah haji berulang.




Kuota itu meningkat berbanding 30,200 sebelum ini. Pertambahan kuota ini berdasarkan 0.1% daripada jumlah 31.6 juta rakyat Malaysia.

Arab Saudi mengikut formula seperti itu untuk menetapkan kuota Haji tiap-tiap negara sejak 10 tahun lalu. Maknanya ini bukan kuota tambahan, tapi ia kuota rasmi yang ikut saiz populasi rakyat sesebuah negara.




Pada 12 Disember 2018 yang lalu, Mujahid ada memohon kepada Arab Saudi mengambil kira pertambahan penduduk Malaysia yang meningkat supaya kuota rasmi dapat ditambah.

“Sekiranya jumlah pertambahan penduduk Malaysia itu diambil kira, kita sepatutnya mendapat kuota 31,200 jemaah atau yang ditentukan berdasarkan 0.1 peratus jumlah penduduk sesebuah negara mengikut ketetapan diletakkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sejak 10 tahun lalu."




“Namun, kita tunggu apa reaksi daripada permintaan kita, tetapi kuota 30,200 orang masih kekal bagi Malaysia,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Disember 2018.

-Tun Carlos

Video pada 12 Disember 2018: