Mengikut Konsensus PH tempoh Tun M hanya 2 tahun, bukan sepenggal -Naib Presiden PKR
Tidak cukup dengan kenyataan P.Ramasamy, Naib Presiden PKR Chang Lih Kang juga menyangkal dakwaan Syed Saddiq bahawa pihak yang mendesak Mahathir telah mengingkari persetujuan bersama dalam PH.
"Yang sokong peralihan kuasa semua sekutu Anwar? Lojik Syed Saddiq ke laut.
"(Pihak yang) minta peralihan kuasa Mei 2020, Syed Saddiq kata membelakangkan konsensus PH.
"Tapi apa konsensus PH? Dua tahun atau tiada tarikh? Kalau dua tahun, betul lah Mei 2020. Kalau tiada tarikh, maka bila-bila masa boleh lakukan peralihan kuasa. Apa jawapan bro Syed?" Ciapnya di Twitter.
Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Chang menjelaskan walaupun Syed Saddiq bertegas mengenai konsensus PH, namun menteri itu tidak mengucapkan sepatah kata pun apabila sesetengah pihak mendesak Mahahir supaya berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga habis penggal.
"Bukankah meminta Mahathir untuk berkhidmat sampai habis penggal (PH) juga bertentangan dengan konsensus?" Soalnya.
Tanpa mengambil kira Mahathir mahu terus berkhidmat sehingga selesai sidang Apec, Chang berkata perlu ada butiran bila peralihan itu akan berlak.
"Walaupun tidak ada tarikh yang tepat, sekurang-kurangnya, bulan bila perlu dijelaskan," tambahnya.
Pada temu bual bersama Reuters bulan lepas, Mahathir berkata beliau akan menghormati ikrarnya untuk menyerahkan kepimpinan negara kepada Anwar.
"Saya sudah berjanji akan meletak jawatan apabila saya telah menyelesaikan masalah-masalah besar yang ditinggalkan oleh kerajaan dulu.
"Saya juga telah berjanji akan meletak jawatan dan memberikan kepimpinan kepada calon yang telah dinamakan oleh gabungan (PH)," katanya.
"Saya sudah berjanji untuk menyerahkan (kuasa) dan saya akan menerima bahawa saya fikir perubahan mendadak sebelum sidang Apec akan mengganggu.
"Setakat yang saya tahu, saya akan meletak jawatan dan menyerahkan kepimpinan kepadanya.
"Jika orang tidak mahu beliau, itu urusan mereka, tetapi saya akan melaksanakan bahagian saya pada janji itu ... tanpa mengira apa-apa tuduhan. Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya," kata beliau lagi. -MalaysiaKini
BACA: Bagaimana Tun M nak tadbir negara jika hari-hari didesak