Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Papagomo kecewa, dakwa Polis membebaskan samseng yang menyerangnya


Hari ini Exco Pemuda UMNO, Wan Azri atau lebih mesra dikenali sebagai Papagomo meluahkan rasa kecewa kerana mengikut maklumat yang diterimanya, samseng-samseng yang menyokong Presiden Warisan, Shafie Apdal yang baru saja kalah PRK baru-baru ini telah dibebaskan dengan jaminan Polis.

Kelmarin, Papagomo mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa Polis sudah berjaya menangkap beberapa samseng penyokong Shafie Apdal.




Ketua polis negara juga pada semalam telah berjanji bahawa akan menyiasat insiden yang berlaku itu tanpa berat sebelah.





Tetapi hari ini, samseng-samseng itu didakwa telah dibebaskan, dan ini telah menjadi tanda tanya semua orang.

"Emmm tadi baru je aku yakin dengan siasatan pihak Polis. Baru je mula nak percaya dengan Ketua Polis Negara. Tapi sekarang ni bila aku dapat tahu mereka yang pukul aku ditangkap dan kemudian nya dibebaskan dengan jaminan Polis."




"Tak reman langsung mereka yang mengganas di airport antarabangsa Kota Kinabalu (KK) ni. "

"Kes Saddiq buat report palsu Aku koyak kan tisu dia tu tanpa berlengah Polis tangkap Aku dan reman Aku 4 hari 3 malam. Dasyat lah Malaysia Baru hari ni. Memang dasyat! " ujar papagomo di Facebook.




Kejadian serangan ke atas Papagomo di Lapangan terbang antarabangsa KK itu disifatkan sebagai memalukan dan mencemar nama baik Sabah kerana ia disaksikan oleh pelbagai pelancong dari dalam dan luar negara.

Masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Polis. Maklumat lanjut akan menyusul.

BACA: Samseng penyokong Shafie Apdal serang Papagomo
BACA: Jangan salahkan orang Sabah, yang pukul saya bukan anak Sabah

-Tun Carlos