KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mengetahui dakwaan dua wakil hadir ke Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bagi menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rosmah berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan berhubung perkara itu, termasuk kemungkinan pembayaran denda berkenaan dilakukan.
"Saya tidak tahu, keluarga juga tidak dimaklumkan mengenainya. Sepatutnya kamu beritahu saya.
“Kalau salah laporan nanti, mereka tarik balik berita itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, selepas pengurusan kes solar yang dihadapinya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa dua wakil hadir ke mahkamah untuk membuat pembayaran denda berkenaan.
AKAN MENYUSUL

