Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nik Nazmi mengaku ditangkap khalwat, mohon maaf pada isteri, keluarga dan parti



PETALING JAYA, 17 Oktober – Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan bahawa beliau merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes berdua-duaan di tempat tertutup di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.

Menerusi satu kenyataan, beliau menjelaskan bahawa beliau bersama beberapa rakan pada awalnya memulakan perbincangan di studio mereka di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk menyambung perbincangan di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang sedang dibincangkan.


Menurutnya, ketika pegawai JAIS tiba di lokasi, hanya beliau dan seorang wanita berada di situ.

Beliau turut mengakui bahawa tindakannya itu merupakan satu kesilapan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa mereka tidak melakukan sebarang perbuatan sumbang yang boleh menimbulkan syak wasangka, seperti yang dimaklumkan kepada pegawai JAIS ketika kejadian.

Dalam kenyataan sama, Nik Nazmi memohon maaf kepada isteri, keluarga serta semua pihak yang terkesan akibat kejadian berkenaan.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk memberikan kerjasama sekiranya terdapat sebarang proses perundangan yang perlu dilalui.

Mohon Maaf Kepada BERSAMA

Selain keluarga, Nik Nazmi turut memohon maaf kepada parti BERSAMA kerana menyifatkan kejadian itu telah mengecewakan ahli dan penyokong parti serta menjejaskan imej organisasi berkenaan.

Beliau berkata, dirinya akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh parti susulan kontroversi tersebut.

Pada masa sama, beliau berharap semua pihak menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan tidak memanjangkan isu berkenaan menerusi media.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada sebarang pertuduhan telah dibuat terhadap beliau berhubung kejadian berkenaan.

-TunCarlos