Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pegawai kerajaan maut dibunuh suami


NILAI - Seorang wanita maut dipercayai pegawai kastam dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Kuarters KLIA di sini pada Khamis.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam dan mangsa berusia lingkungan 30-an merupakan pegawai kerajaan.


Polis masih berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut, namun setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya mengesahkan kejadian dan memberitahu perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.  

"Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.  

Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.

Alzafny berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya.