Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun




KUALA LUMPUR, 28 Sept — Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pagi ini.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada 9.20 pagi, pada usia 100 tahun.

Perkara itu disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, kepada Bernama.


Tun Dr Siti Hasmah dilahirkan pada 12 Julai 1926 dan genap berusia 100 tahun pada Julai lalu. 

Beliau merupakan antara tokoh wanita negara yang dikenali bukan sahaja sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri, malah sebagai seorang doktor dan tokoh dalam bidang kesihatan awam.

Allahyarhamah meninggalkan tujuh orang anak.

Al-Fatihah. Takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga Allahyarhamah.