Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PMX umum naikkan kuota Budi Ron95 dan Diesel


Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kuota BUDI MADANI RON95 dinaikkan daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan bermula 1 September ini.

Perdana Menteri berkata, ia akan dinikmati oleh lebih 16 juta pengguna.


"Manakala lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menerima BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan," katanya pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 yang disiarkan secara langsung, hari ini.