Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Helikopter terbakar di Lapangan Terbang Subang, libatkan empat individu


KUALA LUMPUR: Empat individu terselamat selepas sebuah helikopter terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, tengah hari tadi.

Difahamkan, insiden membabitkan helikopter model Kamov Ka-32 di sebuah fasiliti kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di lapangan terbang terbabit


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi empat minit kemudian.

"Komander operasi melaporkan sebaik tiba di lokasi, terdapat helikopter terbakar 100 peratus.

"Kejadian dilaporkan ketika helikopter berkenaan hendak melakukan pengujian enjin selepas kerja pembaikan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashrul Riezal berkata, empat mangsa bagaimanapun dapat menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

Katanya, kerja pemadaman dilakukan pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersama anggota JBPM.

"Anggota masih menjalankan kerja pemadaman di lokasi," katanya.

-Berita Harian