Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

120 keluarga setinggan di Tanjung Malim terima geran tanah setelah 40 tahun

 


TANJUNG MALIM: Penantian berkenaan isu penempatan melibatkan 120 keluarga di Sungkai dan Kuala Bikam di sini selama 40 tahun berakhir apabila menerima geran tanah masing-masing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, penyelesaian isu tersebut membuktikan kerajaan Madani sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan status sosial.


“Masalah setinggan yang berlarutan lebih 40 tahun kini akhirnya dapat diselesaikan. Sebanyak 120 keluarga menerima geran tanah yang menjadi simbol masa depan yang lebih terjamin untuk mereka dan generasi akan datang.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Datuk A. Sivanesan serta seluruh penjawat awam yang telah bekerja keras dan berdedikasi dalam memastikan penyelesaian isu berkenaan dapat direalisasikan,” katanya di sini. 

Beliau berkata sedemikian ketika menyampaikan geran tanah kepada penerima di Jamuan Makan Malam anjuran DAP DUN Sungkai semalam yang dihadiri lebih 1,200 tetamu daripada pelbagai kaum.

Katanya, kerajaan turut memberikan pelbagai inisiatif termasuk peruntukan RM20 juta kepada perkampungan India, RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta peningkatan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kepada RM150 juta.-UTUSAN