Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Saya akan bincang semula hapus pinjaman PTPTN' -PMX



KUALA LUMPUR: Cadangan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibincangkan bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) susulan isu itu telah dibangkitkan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan berkaitan PTPTN perlu dibincangkan bersama Menteri Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab terhadap agensi berkenaan.


“PTPTN saya akan bincang dengan baik kerana Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) pun dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Jadi kita runding dengan baik dan soal PTPTN itu kita bincang dengan Menteri KPT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia mempertimbangkan semula cadangan penghapusan pinjaman PTPTN seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Poay Tiong membangkitkan perkara itu susulan kenyataan Onn Hafiz yang mendakwa kerajaan sebelum ini pernah berjanji untuk menghapuskan pinjaman PTPTN, namun perkara itu masih belum dilaksanakan. – UTUSAN