Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sebuah pesawat AWACS AS dimusnahkan dron Iran


RIYADH, 29 Mac : Sebuah pesawat amaran awal udara (AWACS) milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), jenis Boeing E-3 Sentry dilaporkan musnah dalam serangan drone oleh Iran ke atas Prince Sultan Air Base di Arab Saudi.

Gambar serpihan pesawat berkenaan mula tersebar di internet tidak lama selepas kejadian. 

Berdasarkan tanda pada bahagian ekor, pesawat itu dikenal pasti sebagai nombor badan 81-0005, yang berpangkalan di Tinker Air Force Base, Oklahoma.


Pangkalan tersebut merupakan markas kepada 552nd Air Control Wing.

Pesawat AWACS digunakan sebagai “mata dan otak” di udara untuk kesan musuh dari jauh, kawal operasi perang udara, beri amaran awal, Command Centre bergerak.

Sebab itu jika pesawat AWACS musnah, ia dianggap kerugian besar, sebab ia kurangkan kemampuan tentera untuk “nampak” dan kawal situasi di udara.

Dron Iran dianggarkan bernilai USD 20,000
manakala pesawat AWACS AS ini bernilai USD 3.3 billion. 

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi sama ada terdapat kematian atau kecederaan akibat serangan tersebut.

Namun, laporan awal menyebut sekurang-kurangnya 12 anggota tentera udara cedera, manakala tiga pesawat pengisi minyak jenis KC-135R Stratotanker turut mengalami kerosakan.

Pesawat AWACS yang musnah itu juga dikatakan dikenali dalam kalangan komuniti pemerhati pesawat sebagai “Captain Planet”, merujuk kepada lukisan khas pada bahagian hidungnya.

Difahamkan, sebelum kejadian, hanya terdapat dua pesawat jenis ini di kawasan operasi United States Central Command (CENTCOM), daripada keseluruhan 16 buah dalam perkhidmatan USAF, menjadikan kehilangan ini satu tamparan besar dari segi keupayaan pemantauan udara.

Sehingga kini, pihak tentera Amerika Syarikat masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut, manakala situasi keselamatan di rantau itu dilaporkan terus tegang susulan peningkatan konflik antara Iran dan sekutunya dengan pihak Amerika Syarikat serta Israel.

-TunCarlos.com