Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: Bekas Panglima Tentera, dua isteri ditahan SPRM

 

PUTRAJAYA – Bekas Panglima Tentera Darat bersama dua isterinya telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat Malaysia (TDM).

Turut ditahan, sepasang suami isteri yang disyaki bersubahat melarikan wang berjumlah RM2.4 juta.

Lima tangkapan itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.


"Sehingga 7 petang, kita telah menahan bekas Panglima Tentera Darat, dua wanita yang merupakan isterinya, dan semalam kita telah menahan seorang lelaki bersama isterinya yang disyaki bersubahat melarikan RM2.4 juta," katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa kenderaan membawa bekas Panglima Tentera Darat dan isterinya memasuki perkarangan Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 3 petang, Rabu.

SPRM dijangka memohon perintah reman ke atas bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya pada Khamis.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan bahawa bekas Panglima Tentera Darat itu dikehendaki memberi keterangan pada 28 Disember lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.

SPRM juga hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang melibatkan Tentera Darat sejak tahun 2023.



Pada 29 Disember lalu, Azam dilaporkan berkata pihaknya telah menyita enam akaun bank milik pegawai itu dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan.

Dua hari sebelum itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa Tan Sri Muhammad Hafizuddeain telah diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan terhadap beliau selesai.