Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Azmin Ali pula letak jawatan Setiausaha Agung PN


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa Khamis ini.

Mohamed Azmin membuat pengumuman itu melalui kenyataan di Facebook sebentar tadi.


"Saya mengambil perhatian pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026.

"Saya juga mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa tarikh sama," katanya di Facebook, hari ini.

Mohamed Azmin turut merakamkan terima kepada semua pihak yang memberikan kerjasama kepadanya.

"Kerjasama semua pihak amat dihargai dan diucapkan terima kasih," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN melalui pengumumannya malam tadi.

Peletakan jawatan Muhyiddin itu disahkan Mohamed Azmin yang juga Setiausaha Agung BERSATU dan Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.