Solidariti Flotilla: Dua kesatuan pekerja terbesar Itali umum mogok nasional pada 3 Oktober
Dua kesatuan terbesar Itali seru mogok
umum nasional selepas serangan Israel terhadap flotilla
Kesatuan sekerja Itali, CGIL dan USB, mengumumkan mogok umum di seluruh negara pada Jumaat, 3 Oktober, melibatkan semua sektor awam dan swasta.
Tindakan ini diambil susulan serangan Israel terhadap flotilla Gaza yang membawa warganegara Itali serta lebih 40 negara lain.
Dalam kenyataan bersama, CGIL menyifatkan serangan itu sebagai “jenayah terhadap orang awam yang tidak bersenjata” dan memberi amaran ia juga merupakan “serangan terhadap perlembagaan Itali” kerana melemahkan tanggungjawab negara untuk melindungi rakyatnya.
Mereka turut mengecam kerajaan Rome kerana meninggalkan pekerja dan sukarelawan Itali “di perairan antarabangsa bebas, melanggar prinsip perlembagaan kami.”
Sebelum ini, di pelabuhan Genoa, ratusan pekerja melaksanakan tindakan menyekat laluan kontena dan trak yang keluar masuk.
Tindakan ini bertujuan menghalang penghantaran yang disyaki berkaitan barangan ketenteraan menuju ke Israel.
Mereka menutup akses utama dan menolak kapal yang berurusan dengan syarikat yang dikaitkan dengan kepentingan Israel.
-TunCarlos