Pelajar wanita tingkatan 4 maut ditikam pelajar lelaki
PETALING JAYA - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di SMK Bandar Utama Damansara (4) sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki, pada Selasa.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.
Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.
Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Butiran penuh dijangka akan diperoleh dalam sidang media awal di lokasi kejadian.
Setakat ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, dan pasukan pegawai penyiasat sedang berada di lokasi.