Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Cinta ditolak, punca suspek tikam mangsa -Rakan

 


Pelajar lelaki berusia 14 tahun yang ditahan susulan kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama dipercayai bertindak demikian selepas perasaannya terhadap mangsa tidak berbalas.

Menurut seorang saksi kejadian, suspek dikatakan meluahkan isi hatinya kepada pelajar perempuan berusia 16 tahun itu pada malam sebelum insiden berlaku.

 Namun, mangsa dilaporkan menolak perasaan tersebut kerana tidak mempunyai rasa yang sama terhadapnya.


“Dia memegang pisau dan menahan mangsa sebagai tebusan dalam tandas. Kemudian dia mula menikamnya berulang kali,” kata pelajar itu yang enggan namanya disiarkan kepada New Straits Times.

Saksi berkenaan turut menjelaskan bahawa suspek dipercayai mengejar mangsa hingga ke tandas perempuan sebelum melakukan serangan menggunakan beberapa objek tajam.

Ketika kejadian, rakan-rakan mangsa yang berada berdekatan segera berlari mendapatkan bantuan guru disiplin untuk menyelamatkan mangsa daripada serangan tersebut.

“Guru itu bergegas ke tandas dan cuba menendang pintu. Selepas beberapa kali cubaan, pintu berjaya dipecahkan, tetapi suspek melarikan diri dan mula mengejar pelajar lain dengan pisau,” katanya.

Situasi menjadi huru-hara apabila remaja lelaki berkenaan meluru masuk ke beberapa kelas Tingkatan Satu sambil menggenggam senjata yang berlumuran darah.

“Dia masuk ke kelas dan semua orang mula menjerit serta berlari keluar. Bajunya penuh dengan darah,” kata saksi itu lagi.

Kekecohan akhirnya dapat dikawal selepas abang suspek bersama beberapa guru bertindak menahannya serta merampas senjata yang digunakan.

“Abang suspek bergelut dengannya sebelum dapat merampas pisau itu. Guru-guru cuba menenangkannya,” jelas saksi berkenaan yang turut melihat kejadian tersebut.

Menurut pelajar itu lagi, tindakan suspek dipercayai berpunca daripada rasa marah selepas cintanya ditolak.

“Kami diberitahu dia meluahkan perasaan kepada mangsa malam sebelumnya dan marah apabila ditolak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

“Saya tidak dapat mendedahkan lebih lanjut kerana siasatan masih dijalankan, termasuk mengenal pasti motif sebenar serangan itu.

“Saya akan memberikan maklumat lanjut selepas kami memperoleh hasil siasatan yang kukuh,” katanya.

Kejadian motif kes tikaman pelajar Bandar Utama ini membuka mata masyarakat tentang kepentingan pendidikan emosi dalam kalangan remaja. 

Pihak sekolah dan ibu bapa disarankan memperkukuh sokongan psikologi bagi membantu pelajar menguruskan tekanan dan perasaan dengan cara yang sihat.

Sumber: Berita Harian

*ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA*

YDH KPD Petaling Jaya
YDH T/KPD Petaling Jaya

*MAKLUMAN AWAL PELAJAR 1/P DITIKAM OLEH PELAJAR 1/L DI SEKOLAH SMK BU4*


📌 *Fakta Kes*
Pada 14/10/2025 jam lebih kurang 0945Hrs SL776 telah terima arahan untuk menghala ke SMK BU4 Bandar Utama berkenaan pelajar 1/P cina ditikam oleh pelajar 1/L cina.

📌*Tindakan*
SL776, SL777 bersama Task Force Balai Damansara sampai dilokasi dapati pelajar 1/P cina sedang terbaring di laluan utama masuk sekolah. Hasil rawatan awal dari pihak ambulans dapati mangsa telah meninggal dunia ditempat kejadian.

Butiran mangsa (simati):
Nama: Yap Shing Xuen
No.Kpt: 091222-10-****
Jantina : Perempuan
Umur: 16

Butiran Suspek:
Nama: Lum Chin Hau
No.Kpt: 110811-10-****
Jantina: Lelaki
Umur: 14

Sekian untuk makluman YDH Tuan

Terima kasih YDH Tuan.