Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelaburan RM5 billion, Pahang unggul atasi negeri lain




Di bawah teraju Menteri Besar Pahang, Dato Seri Diraja Wan Rosdy, Pahang mencatat satu momentum baharu dalam arena ekonomi apabila merekodkan pelaburan yang direalisasikan sebanyak RM5 bilion setakat sembilan bulan pertama tahun ini. 

Tambahan pula, pelaburan komited pula berjumlah RM3.9 bilion, sekali gus melonjakkan negeri itu ke kedudukan utama dalam pertumbuhan ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER). 

Pencapaian ini menandakan bahawa Pahang telah mencapai kira-kira 90 peratus daripada sasaran ECERDC sebanyak RM5.6 bilion untuk tahun 2025 dan ia dicapai lebih awal berbanding jangkaan dalam pelan asal. 


Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Hj Wan Rosdy Wan Ismail, pencapaian ini memperlihatkan bahawa negeri itu kini menjadi “kuasa ekonomi baharu” di Pantai Timur. 

Pecahan Pelaburan & Impak Pekerjaan

Sektor pembuatan menyumbang sebanyak 41%. Manakala sektor minyak & gas pula 34%. Perkhidmatan pula sebanyak 25%. 

Sehingga kini, 2,846 peluang pekerjaan telah diwujudkan. Jika pelaburan komited itu direalisasikan sepenuhnya, tambahan 3,185 pekerjaan dijangka terbentuk menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 6,000 peluang kerja baharu di negeri itu. 


Inisiatif Pelaburan Terkini

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Pahang di Putrajaya, empat syarikat besar menandatangani pelaburan berjumlah RM1.6 bilion, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi negeri:

1. PKNP Fire Phoenix Data Center Sdn Bhd — pembangunan pusat data AI bertaraf dunia

2. Sinolion Wheels Technology Sdn Bhd — pengeluar rim aloi teknologi tinggi

3. Malaysian Solar Resources Sdn Bhd — kilang tenaga boleh diperbaharui

4. Lionphos Sdn Bhd — pengeluaran fosfat untuk pasaran eksport






Selain itu, penyerahan rasmi Pusat Konservasi dan Informasi Penyu (TCIC) Cherating kepada Jabatan Perikanan Negeri turut diadakan satu langkah strategik untuk mengimbangi pembangunan ekonomi dan perlindungan alam sekitar serta memacu ekopelancongan. 

Aspirasi & Harapan

Melalui inisiatif Aspirasi Pahang 1st, kerajaan negeri menekankan bahawa pelaburan berkualiti menjadi nadi pertumbuhan pembangunan ekonomi. Pahang semakin ditonjolkan bukan hanya sebagai pengeluar sumber semula jadi, tetapi sebagai sebuah pusat ekonomi moden yang menggabungkan inovasi, teknologi hijau dan daya saing global. 

Dengan pencapaian melebihi sasaran lebih awal, negeri ini berada dalam landasan untuk mencipta status sebagai “economic powerhouse” di Pantai Timur Malaysia.