Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kibar bendera Israel di Kelantan, polis mulakan siasatan (video)

 

KOTA BHARU - Polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu yang mengibarkan bendera Israel.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, walaupun ianya hanya gimik semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).

"Siasatan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.


"Sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel adalah menjadi kesalahan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengibarkan bendera Israel semasa mengadakan protes meskipun dengan niat untuk mengecam.

Ujarnya, ia bagi mengelakkan timbul salah anggap yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sinar Harian Online melaporkan, tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu hanya gimik semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan GSF.

Program anjuran bersama Komuniti Floating Market Sri Tanjung itu mendapat kecaman serta pelbagai pandangan orang ramai di media sosial apabila menampilkan sebuah bot yang mengibarkan panji rejim Zionis iu.

Menurut alasan Pengarah Program, Mohd Khairul Hafiz Hassan, situasi tersebut hanyalah simulasi dan gimik.

Untuk rekod, pada 30 November 2023, seorang lelaki di Marang dipenjara enam bulan dan didenda RM500 atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

video: