Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiga anggota polis ditahan, peras ugut dan paksa pelajar wanita lakukan seks dekat Sentul Pasar

 

Kuala Lumpur: Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pemerasan dan cabul membabitkan pelajar wanita dalam kejadian di Sentul Pasar, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, ketiga-tiga anggota berkenaan ditahan di sebuah restoran semalam.


"Penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat pelajar wanita berkenaan.

"Semua individu terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, tular laporan mendakwa pelajar wanita bersama teman lelakinya ditahan kumpulan anggota polis ketika berada di Jalan Sentul Pasar.

Wanita berkenaan mendakwa diperas dengan bayaran RM10,000 selain dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan salah seorang anggota polis berkenaan.

Berdasarkan laporan yang dibuat, dia turut dicabul apabila salah seorang anggota polis mencubit payudaranya ketika berbincang.

Susulan itu dia membuat laporan polis di Balai Polis Sentul untuk tindakan selanjutnya.


­