Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

120 Ketua Bahagian BERSATU tandatangan SD mohon Muhyiddin serah jawatan pada Hamzah


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yaasin menerima tamparan hebat apabila majoriti Ketua bahagian Bersatu memintanya berundur dari kerusi panas itu.

Utusan Malaysia melaporkan 120 Ketua bahagian Bersatu itu telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menggesa Muhyiddin berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin. 


Menurut laporan itu lagi, perkara itu disahkan Ketua Bahagian Bersatu Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengakui SD itu dibuat dengan mengambil kira kebimbangan survival parti mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Cultural immersion tours

Sebelum ini pada perhimpunan tahunan Bersatu, Muhyiddin dalam ucapannya menyebut ada usaha dari dalam mengumpul tandatangan dari Bersatu sendiri yang memintanya berundur dari jawatannya itu.

Selepas daripada ucapannya itu dewan menjadi kecoh sehingga sebahagiannya ada yang menjerit undur Muhyiddin. Muhyiddin tetap meneruskan ucapannya sewaktu kekecohan berlaku.