Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lokman Adam liabiliti besar kepada UMNO -Ketua Pemuda Pahang

 

KUANTAN – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang memberi amaran tegas kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Lokman Noor Adam agar berhenti menjadi beban dan duri dalam daging yang menjejaskan parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata, pihaknya memandang serius kenyataan melulu serta tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan Lokman terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh.


Menurut beliau, kenyatan yang dibuat Lokman itu hanya merosakkan maruah UMNO dan menjadikannya seolah-olah jurucakap parti lain dengan menghentam pemimpin sendiri.

“Tuduhan fitnah yang dilemparkan bukan sahaja tidak berasas, malah meletakkan Lokman sebagai liabiliti terbesar kepada UMNO dan semakin menyerlahkan peranannya sebagai barua kepada pihak lawan.

“Sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Pengarah Komunikasi UMNO, seharusnya Lokman menjadi benteng memperkukuhkan imej parti.

“Namun realitinya, setiap kali beliau bersuara, bukan sahaja tiada manfaat dibawa kepada parti, malah hanya menambahkan bala, menghakis keyakinan rakyat serta menyakitkan hati akar umbi,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Kamil turut menggesa UMNO Bahagian Wangsa Maju untuk mengambil tindakan tegas menolak politik sempit yang dibawa Lokman dan menyeru UMNO Pusat agar mengkaji semula kedudukan serta jawatan yang diberikan kepadanya.

Tegas beliau, UMNO tidak boleh lagi terus dibebani dengan liabiliti bernama Lokman Adam.

Terdahulu, sebuah klip video temu bual Lokman tular di media sosial memaparkan beliau secara sengaja menggelar Muhamad Akmal sebagai ‘Ketua Pemuda H2O’ dan menuduhnya mempunyai agenda tersembunyi untuk menaikkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Perdana Menteri. – MalaysiaGazette