Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pempengaruh hilang sejak Isnin, kereta ditemui tenggelam


MUAR – Seorang pempengaruh permotoran dikenali sebagai Ija Nizaruddin dikhuatiri lemas selepas kereta Perodua Axia yang dinaikinya ditemui terbabas ke dalam Sungai Kampung Tui, Bukit Kepong di sini pada Isnin.

Mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dilaporkan keluar dari rumahnya di Jalan Setia Indah, Johor Bahru pada tengah hari Isnin lalu untuk ke bengkel rakannya di Parit Jawa.


Menurut rakannya, Muhammad Nazmi Mohd Zainal, 30, kereta milik mangsa berwarna putih ditemui sudah terjunam di dalam sungai tersebut, namun mangsa masih belum dapat dikesan.

"Buat masa ini, pihak bomba dan penyelamat sedang melakukan pencarian ke dalam sungai dan sekitarnya bagi mengesan mangsa.

"Isterinya ada memaklumkan yang sebelum ini suaminya (Ija) pernah mengalami serangan jantung ketika memandu. Kita doakan yang terbaik untuk Ija semoga dia ditemui selamat," katanya.

Keluarga mangsa turut melakukan pencarian di sekitar Lenga, Bukit Kepong dan pekan Muar pada pagi Selasa tetapi masih belum menemukan sebarang petunjuk.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Nor Alfatah Omar berkata, setibanya di lokasi pada jam jam 3.51 petang, terdapat sebuah kereta Perodua Axia terjunam pada kedalaman dua meter di sungai berkenaan.

“Maklumat awal daripada pihak polis menyatakan kemalangan mungkin berlaku pada Isnin dan terdapat mangsa iaitu lelaki hilang dipercayai pemandu kereta.

“Kerja-kerja pencarian mangsa sedang giat dijalankan sehingga kini,” katanya dalam kenyataan.
 
Sumber: Sinar harian