Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 10.30 malam tadi.
Beliau memaklumkan bahawa setakat ini, 19 mangsa yang cedera merupakan warganegara, manakala seorang lagi adalah warga asing.
"Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan.
"Jumlah sebenar penumpang yang berada dalam bas ekspres tersebut masih belum dapat disahkan," ujarnya.
Jurucakap itu menambah, anggota dari BBP Nilai dan Bangi telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan.
Artikel : Astro Awani
video: