Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Terlalu mencolok mata, Zhao Yingzhi diusir dari Festival Cannes


CANNES: Gara-gara berpakaian terlalu seksi ketika menghadiri karpet merah Festival Filem Cannes Ke-78 di Perancis, baru-baru ini, pelakon asal China, Zhao Yingzi dihalau oleh penganjur acara berkenaan.

Memetik laporan ET Today, Yingzi dianggap melanggar peraturan rasmi berkaitan etika berpakaian ditetapkan oleh penganjur Festival Filem Cannes.


Menerusi foto tular, Yingzi hadir dengan mengenakan busana separa lut sinar rona perak yang memperlihatkan sebahagian besar tubuhnya, termasuk dada dan perut, manakala hanya sedikit hiasan menutupi beberapa bahagian tertentu.

Pihak penganjur festival dilapor menetapkan peraturan ketat mengenai penampilan tetamu.

"Penampilan menonjolkan seluruh tubuh tidak dibenarkan di acara karpet merah. Penganjur berhak melarang kemasukan kepada sesiapa sahaja yang tidak mematuhi peraturan," jelas penganjur Festival Filem Cannes Ke-78 dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, penganjur dilapor sudah mengeluarkan peringatan di laman rasmi supaya tetamu menjaga kesopanan dalam penampilan di seluruh kawasan festival, bukan hanya di karpet merah sahaja.

Dalam pengumuman, penganjur menegaskan larangan terhadap pakaian yang terlalu mencolok sehingga mengganggu keselesaan dan pergerakan penonton.

Lantaran itu, sebahagian besar tetamu jemputan memilih tampil dengan pakaian lebih tertutup dan sopan berbanding edisi sebelum, sebagai tanda menghormati peraturan baharu yang diperkenalkan.









­