
KUALA LUMPUR – Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum menerima sebarang jawapan meskipun tujuh surat telah dihantar bagi mendapatkan pengesahan berhubung kewujudan Titah Adendum.
Dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Muhammad Shafee berkata, surat berkenaan telah dihantar kepada Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Undang-undang, Ketua Pengarah Penjara, serta kepada Kerajaan Malaysia, cc kepada Perdana Menteri dan Timbakan Perdana Mebteri.
Menurutnya, pihak berkenaan bukan sahaja tidak menjawab surat tersebut, malah tiada pengesahan sama ada surat itu telah diterima atau tidak.
“KDN yang bertanggungjawab terhadap dokumen tambahan itu sepatutnya menjawab surat tersebut. Mereka tidak boleh berdiam diri.
“Jika dokumen itu tidak wujud, bukankah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyatakan perkara itu secara rasmi?
“Tidak salah sekiranya mereka maklumkan bahawa dokumen itu tidak dikeluarkan dari segi fakta dan undang-undang,” katanya.