Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pengampunan Najib: Hanya 1,210 responden, tinjauan Merdeka Center dan Projek Sama tak boleh digunapakai


KUALA LUMPUR: Satu tinjauan oleh Stability & Accountability for Malaysia (Projek Sama) mendapati bahawa 57.8% responden percaya bahawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang disabitkan kesalahan tidak sepatutnya diberikan pengampunan bagi hukuman penjara beliau atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd.

Tinjauan yang hanya melibatkan 1,210 rakyat Malaysia itu juga mendapati bahawa 70% menentang penahanan di rumah bagi Najib.


Projek Sama memaklumkan juga bahawa mereka tidak melakukan tinjauan ini sendiri, tetapi telah melantik firma penyelidikan pendapat, Merdeka Center, untuk melaksanakan tinjauan ini dan mendakwa melibatkan responden dari semua 222 kawasan Parlimen, dengan margin ralat sebanyak 2.82%. 

Laporan bertajuk "No Dua Darjat: Persepsi Awam Terhadap Keseimbangan Hukuman Jenayah, Tahanan Rumah dan Rayuan Pengampunan Najib Razak" itu ditugaskan kepada Merdeka Centre untuk menjalankan tinjauan pendek yang melibatkan rakyat Malaysia merentas latar etnik, jantina, generasi, sosioekonomi, geografi dan politik.

Tinjauan ini telah dijalankan antara 27 Mac hingga 17 April tahun ini.

Projek Sama diasaskan oleh bekas pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), termasuk Ngeow Chow Ying, Thomas Fann, Beverly Joeman, Rama Ramanathan, Datuk Dr Abdul Halim Yusof, Wo Chang Xi, dan Profesor Wong Chin Huat yang masih terlibat.

Untuk rekod, tinjauan Merdeka Center dan juga beberapa firma lain juga dibayar untuk meramal keputusan pilihanraya sebelum-sebelum ini. Dan seringkali juga ramalan mereka meleset. Ini kerana tinjauan mereka hanya melibatkan beberapa responden sahaja yang ada dalam database mereka.  

Ini bermakna tinjauan ini tidak boleh langsung digunapakai dalam keadaan yang sebenar. Menggunakan khidmat firma-firma ini juga satu pembaziran. 

Baru-baru ini satu tinjauan atas talian telah dibuat oleh pengendali laman Facebook Meanwhile in Malaysia dan telah melibatkan lebih 6 ribu responden.

Keputusan tunjauan amat berlainan sekali kerana hampir 96% iaitu sebanyak 5103 responden menyokong Najib diberi pengampunan tahanan rumah, 850 responden tidak bersetuju, dan 102 responden tidak ambik peduli.

Najib kini sedang merayu di Mahkamah untuk semakan kehakiman bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Link undian: SINI