Saya menghormati keputusan Tengku Zafrul untuk berundur daripada UMNO dan memilih arah politik yang lebih dekat dengan pandangan peribadi beliau.
Sepanjang berada dalam kerajaan atas tiket UMNO, beliau telah memainkan peranan sebagai teknokrat yang menyumbang dalam bidang ekonomi dan kewangan. Kami ucapkan terima kasih atas segala sumbangan beliau.
UMNO tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu. Kita adalah sebuah parti yang dibina atas kekuatan akar umbi, semangat perjuangan, dan keyakinan rakyat – bukan pada nama atau kedudukan.
Orang datang dan pergi, itu lumrah dalam politik. Yang penting, perjuangan ini mesti diteruskan.
Saya tidak anggap ini sebagai sesuatu yang luar biasa atau mengejutkan. Ini adalah sebahagian daripada dinamika politik yang makin terbuka dan pelbagai.
Semua orang berhak memilih jalan mereka – dan kami pilih untuk terus bergerak ke hadapan, fokus membina semula kekuatan parti, dan memperjuangkan nasib rakyat.
Kepada ahli dan penyokong UMNO, jangan goyah. Jangan biar tindakan satu dua orang mengganggu hala tuju kita. Parti ini bukan dibina sehari dua, dan bukan diangkat hanya kerana seorang tokoh. UMNO adalah amanah yang lebih besar daripada itu. Kita ada kerja yang jauh lebih penting iaitu menyatukan, memperbaiki, dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada kita.
Saya doakan yang terbaik buat Tengku Zafrul, dan kita doakan yang lebih baik untuk UMNO.