Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penyokong PN didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong


KUALA LUMPUR - Penyokong kuat Perikatan Nasional (PN) dan Tun Mahathir, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, minggu lalu.

Wan Muhammad Azri, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang mengadap Sultan Ibrahim di laman Twitter atau X miliknya, di Bukit Bintang, di sini, pada 12 tengah hari, 29 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.