Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penyerang sasar muka Faisal Halim, ucap 'good luck' selepas simbah asid


KUALA LUMPUR: "Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia."

Demikian reaksi sumber dalam nada amat sedih dan begitu kecewa selepas apa yang terjadi kepada pemain kebangsaan itu yang menjadi mangsa disimbah asid sehingga mengalami kecederaan agak teruk di sekitar bahagian belakang badannya.


Jelas sumber, apa yang terjadi kepada Faisal atau mesra dipanggil Mickey itu sudah pasti akan memberi kesan amat besar kepada kesihatan mentalnya untuk kembali bangkit daripada espisod hitam itu.

Namun begitu, katanya, keadaan mungkin akan menjadi lebih parah sekiranya simbahan asid yang dilakukan penyerang itu terkena kepada anak Faisal yang masih kecil.

"Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.

"Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal tu.

"Individu yang menaiki motosikal dengan pakaian tutup muka itu juga sempat ucap 'good luck' sebelum simbah asid lalu pergi melarikan diri," kata sumber itu.

Menurut sumber hospital, Faisal mengalami melecur tahap dua.