Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemain bola kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid dekat Damansara


KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu selepas insiden pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun, satu lagi insiden mengejutkan terjadi dengan seorang lagi pemain kebangsaan, Faisal Halim menjadi mangsa terbaharu.

Menerusi maklumat dan gambar yang tular di laman media sosial, pemain itu disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.


Tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap kecederaan pemain Selangor itu, namun berdasarkan gambar yang tular, dia dilihat mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.


Sumber terdekat Faisal turut mengesahkan kejadian itu yang berlaku di sebuah litar go-kart di Lembah Klang.

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran susulan kes pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim, disimbah asid di damansara sebentar tadi.

Menurut sumber Faisal ketika itu sedang membawa keluarganya keluar ke pusat membeli-belah dan dua inidvidu bermotosikal menghampirnya sebelum 

"Dia berada di sebuah litar go-kart di Lembah Klang ketika insiden berlaku. Kami tak pasti di mana tempatnya tapi kami tahu dia diserang beberapa lelaki yang menyimbah asid ke atasnya.

"Kami sedang dalam perjalanan untuk melihatnya," ujar sumber itu.

Khamis lalu, Akhyar, 25, yang baru sahaja keluar dari kereta dipukul dengan senjata dipercayai cota di kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali.

Suspek turut merampas dompet dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.

Mangsa yang cedera kemudian dikejar ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.