Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mohon bantuan kesan tiga remaja hilang

 

Ranau: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan tiga remaja perempuan yang dilapor hilang dari rumah mereka di Kampung Kaingaran di sini, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga seorang daripada remaja itu pada 8.48 malam tadi.


Katanya, dalam laporan, pengadu mendakwa tiga remaja itu dikesan hilang selepas keluar dari rumah pada 7.30 pagi, 10 Mei lalu.

"Mereka memberi alasan mengikuti latihan silat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, Ranau.

"Bagaimanapun, sehingga laporan polis dibuat, ketiga-tiga remaja belum kembali ke rumah," katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kali terakhir ketiga-tiga remaja itu dilihat orang awam pada 8.30 pagi semalam di Pekan Ranau selepas turun dari bas mini putih.

"Mereka kemudiannya dilihat menaiki kereta Perodua Viva oleh lelaki dengan kenderaan menggunakan nombor plat palsu," katanya.

Simiun memaklumkan, remaja perempuan yang dilaporkan hilang adalah Valensia Mail, 15; Roxanne Abbygail Richard dan Christivy Holyen Hamdy masing-masing berusia 13 tahun.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau di talian 088-875222 atau menghubungi talian mana-mana balai polis berhampiran dengan segera," ujarnya.