Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Terkejut beli lemang 'pakej' sekali katak (video)



PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut apabila menemui seekor katak di dalam sebatang lemang yang dibeli baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Ori San, sudah menjadi kebiasaan di membeli lemang tersebut dari sebuah gerai bagaimanapun tahun ini kurang bernasib baik apabila terdapat katak di dalam lemang berkenaan.


Allahuakbar..MashaAllah selalu dengor orang cerita makan lemang katak tapi akhirnya awak terkena juga.

Dah makan nak habis sebatang hujung-hujung jumpa katak,” katanya.

Lelaki tersebut kemudian menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli juadah itu.

“Minta maaf tuan kedai atas posting (hantaran) ini cuma nak pesan tolong hati-hati bakar lemang selepas ini.

“Tak mengapalah saya halalkan. Terima kasih,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menasihatkan peniaga lemang supaya pastikan buluh betul-betul bersih sebelum membuat lemang.

“Mungkin katak tu dah masuk sebelum masukkanberas. Orang yang buat tu tak bersihkan balik sebelum masukkan beras. Kalau saya, takkan makan lagi dah,” kata Fitri.

Mungkin buluh dah dibersihkan atau dimasukkan daun pisang, yang silapnya tak ‘double check’ dalam buluh masa nak isi beras pulut,” kata Rashidi.

“Jimat duit tak perlu beli lauknya. Selalu beli lemang kena beli rendang, ini dah percuma daging segar-segar dalam itu,” gurau Ayu.

“Sebab tu sebelum makan kena potong lemang hingga ke hujung. Kalau ada katak atau haiwan lain kita perasan,” kata Khamisah. – KOSMO!

video: