Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MB Perlis baru dilepaskan setelah ditahan SPRM pagi tadi


KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ditahan pagi ini selepas dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Difahamkan Mohd Shukri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa.


Jika keterangan mencukupi, menurut sumber, Menteri Besar itu akan dilepaskan.

Pulang selepas selesai keterangan

Menurut sumber, Mohd Shukri tidak ditahan sebaliknya dibenarkan pulang selepas selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

"Menteri Besar tidak direman, telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan," tulis hantaran berkenaan pada Selasa.

Bagaimanapun Sinar Harian sedang mendapatkan penjelasan lanjut dari SPRM berhubung perkara ini.

Pada Selasa, sebuah media tempatan melaporkan Menteri Besar Perlis itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai susulan siasatan terhadap anaknya berkaitan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000 sebelum ini.

Rabu lalu, media melaporkan anak kepada Menteri Besar Perlis antara enam individu yang direman SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Keseluruhan projek melibatkan kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan bermula dari 2022 sehingga kini dianggarkan bernilai RM600,000.