Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Menteri Pendidikan buat laporan polis, isu video tular istilah kafir


KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Fadhlina Sidek hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap dua pengendali akaun Facebook yang didakwa telah menfitnah beliau.

Sejak semalam tular video di whatsapp dan Facebook yang mendakwa Menteri Pendidikan mengharamkan anak-anak menggunakan perkataan kafir di rumah. 

Menurut Fadhlina, video di Facebook paling banyak dikongsi dan beliau telah mendapat pelbagai reaksi negatif.


Dua akaun Facebook yang dilaporkan adalah Muhammad Rifaat Razman dan JKKK Fan Club.
 
"Sesuatu berlaku hari ini. Ujaran kebencian, tuduhan tidak benar, malah ancaman keselamatan diterima di alam maya. Laporan polis telahpun dibuat, atas faktor keselamatan." ujar Fadhlina di hantaran Facebook hari ini.

Menurut laloran polis tersebut, video tersebut telah diambil diluar konteks.

Di atas nasihat pasukan peguam, kesemua bukti daripada hantaran, komentar, dan mesej peribadi di media sosial yang pelbagai sedang dikumpulkan dan tindakan undang-undang akan diambil.

Laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Politik beliau di balai polis Kuching. 

-TunCarlos.com