Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jumpa wang RM1 juta, polis serah anggota disiasat SPRM


PETALING JAYA: Polis menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap seorang pegawai kanannya yang ditahan semalam selepas dipercayai terbabit melindungi aktiviti haram sekitar ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, yang mengesahkan penahanan itu berkata sebarang tindakan akan diambil pihaknya bergantung hasil siasatan SPRM nanti.


“Kita serah kepada SPRM jalankan siasatan mereka terlebih dahulu, selepas itu baru kita akan lihat tindakan daripada pihak kita,” katanya ketika dihubungi, lapor Berita Harian.

Allaudeen turut menegaskan, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai kanan bertugas di IPK Kuala Lumpur ditahan SPRM selepas dipercayai terbabit melindungi aktiviti haram sekitar ibu negara.

Menurut sumber, penahanan pegawai kanan di Putrajaya itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan di beberapa premis disyaki miliknya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan itu.

Beliau berkata, permohonan reman akan diperoleh SPRM hari ini bagi proses siasatan lanjut.