Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anggota polis dibelasah hingga mati




KUALA LUMPUR – Seramai lima individu disyaki suspek yang ditahan petang semalam bagi membantu siasatan kes kematian seorang anggota polis berpangkat korporal yang dibelasah sekumpulan individu di Taman Impian Indah Balakong, Kajang semalam.

Kesemua suspek sudah direman polis, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Menurutnya kesemua suspek warga tempatan berusia lingkungan antara 19 hingga 23 tahun itu direman selama seminggu.


“Susulan kejadian itu, sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kajang telah membuat tangkapan ke atas lima suspek lelaki tempatan itu.

“Mereka ditahan di sekitar Taman Impian Indah, Balakong selepas disahkan terlibat dalam kejadian jenayah tersebut bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dan dibenarkan direman selama tujuh hari sehingga 30 Mac ini untu tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau menambah kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantungs sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Hussein juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini agar berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Afiq Farhan Mohd Nor di talian 012-2446768.

Tegas beliau, pada 23 Mac 2024, pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan terdapat seorang lelaki telah kena pukul dan ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di kawasan Taman Impian Indah, Balakong.

Mayat telah dihantar untuk proses bedah siasat yang selesai dijalankan semalam dan keputusan menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat hentakan kuat di kepala. 

– MalaysiaGazette


Info dari EDISI SIASAT:

*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera*

*KES KEMATIAN ANGGOTA POLIS  DIPERCAYAI DIPUKUL*

*1. BUTIRAN LAPORAN POLIS :*
No Repot : KAJANG/11994/24
Tarikh/Masa : 23/03/2024 @ 0322 Hrs     
Sek : 302 KK

*3. TEMPAT KEJADIAN :*
Tepi Jalan Impian Indah, Taman Impian Indah, Seri Kembangan, Kajang, Selangor Selangor

*4. TARIKH / MASA KEJADIAN :*
23/03/2024 @ 0304 hrs

*5. FAKTA KES :*
Pada 23/03/2024 jam lebih kurang 03:04 hrs, semasa pengadu bertugas di Pusat Kawalan Daerah IPD Kajang, terima panggilan MERS999 dari pengadu Mr Loi Chin beritahu ada 1L bangsa tidak pasti telah kena pukul dan tidak sedarkan diri terbaring atas lantai di alamat Blok D, Jalan Impian Indah, Taman Impian Indah, Seri Kembangan, Kajang, Selangor. Pengadu arahkan MPV SL 705 ke lokasi dan jadikan laporan sebagai maklumat pertama.

*6. SIASATAN AWAL :*
6.1. Pengadu merupakan anggota DCC IPD Kajang menyatakan telah terima panggilan telefon dari 1L Cina nama Loi yang menyatakan 1L bangsa tidak pasti telah dipukul dan tidak sedarkan diri di kawasan Pangsapuri Taman Impian Indah Seri Kembangan.

6.2. Saksi bernama Loi juga memberitahu semasa berada di bilik tidur, telah dimaklumkan oleh ibu menyatakan ada lelaki kena pukul di bawah. Saksi kemudian telah melihat ke bawah dan dapati terdapat 1 perempuan sedang menangis, dan ketika itu ibu saksi beritahu ada orang terbaring di sebelah kereta. Saksi tidak nampak si mati kerana terhalang dengan kereta. Saksi kemudian terus menghubungi 999.

*7. SIASATAN LANJUT :*
7.1. Tempat kejadian merupakan di tepi Jalan Persiaran Impian Indah. Pemeriksaan kawasan sekitar dapati tiada CCTV di tepi jalan namun terdapat CCTV di lot kedai berdekataan. Rakaman CCTV masih dalam tindakan.

7.2. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh MA Hospital Kajang. Punca kematian tidak dapat dipastikan.

7.3. Simati telah dijumpai dalam keadaan terbaring di bahu jalan dengan kesan pendarahan pada bahagian mulut dan hidung.

7.3. Temubual dengan isteri simati 1P Bidayuh nama Anilia Anak Pisa, no kp 911122135198 menyatakan telah berlaku selisih faham dengan simati disebabkan simati dalam keadaan mabuk namun mahu memandu m/kar. Isteri simati kemudian beredar dari m/kar dan berjalan ke arah jalan besar. Kemudian simati telah mengejar isterinya untuk mengajak menaiki semula ke m/kar lalu berlaku pergelutan.

7.4. Pada masa berkenaan terdapat sekumpulan lelaki dipercayai bangsa Melayu l/kurang 5 orang berada di kaki lima flat cuba masuk campur sebelum berlaku pertengkaran dengan simati. Suspek kemudian bertindak memukul simati menggunakan apa tidak pasti  hingga simati jatuh ke tepi jalan sebelum kesemua suspek melarikan diri ke arah Blok E Taman Impian Indah.

7.5. Ketika itu, isteri simati telah menjerit dan menghubungi saudaranya bagi meminta bantuan sebelum datang pihak polis dan ambulans.

7.6. Temubual dengan ibu kepada saksi yang menghubungi pihak polis, 1P Cina nama Luy menyatakan dirinya tinggal di rumah flat berhampiran tempat kejadian. Ketika berada di dalam rumah dalam persediaan untuk memasak, telah dengar bunyi orang menjerit sedang bertengkar. Dia telah melihat melalui tingkap dapur dapati 1L(si mati) sedang bertengkar dengan 1P di tepi jalan. Kemudian telah datang lebih kurang 5-6 orang lelaki lain yang berada di kawasan berhampiran telah pergi ke arah pasangan tersebut. Kemudian si mati telah bertengkar dengan kumpulan saspek itu dan simati cuba bergaduh dengan kumpulan itu. Salah seorang dari saspek telah menumbuk dengan tangan di bahagian mana tidak pasti samada kepala atau muka sebelum simati terkena pada kereta dan jatuh atas jalan. Kumpulan tersebut kemudian terus meninggalkan mangsa menuju ke arah kawasan flat.

7.7.Temubual saksi awam 1L warganegara Mesir nama Amar menyatakan semasa berada di rumahnya di tingkat 38 Apartment Symphony Tower telah terdengar suara orang bergaduh lalu apabila dilihat dari balkoni dapapati terdapat l/kurang 6-7 orang sedang bergaduh tidak pasti menggunakan senjata atau tidak sebelum salah seorangnya terbaring di tepi jalan dan alami kecederaan.

7.9. Pihak Forensik PDRM yang diketuai Insp Wan Amir bersama sepasukan telah dipanggil ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan. Siasatan forensik dapati terdapati terdapat kesan darah pada hidung dan mulut simati. Tiada kesan kecederaan lain pada kepala dan tubuh badan. Siasatan juga tidak merampas apa-apa barang.

7.10. Pasukan K9 PDRM turut dipanggil ke lokasi kejadian diketuai KPL Addison. Siasatan K9 juga tidak menjumpai apa-apa jejak mahupun senjata.

7.11. Butir-butir simati adalah seperti berikut:

Nama/pangkat: KPL 172766 Sathyaraj A/L Jeevan
Umur: 33 Tahun
Status: Berkahwin (2017)
Perkejaan isteri: Suri Rumah
Bil anak: 2 (Anak tiri - milik isteri)

7.12. Mayat simati telah dibawa ke Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat. Tarikh dan masa akan dimaklumkan.

*8. TANGKAPAN/RAMPASAN :*
-

*9. KLASIFIKASI/KEPUTUSAN :*
9.1. Kes diteruskan dan disiasat dbs 302 KK.