Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Artis belasah abang ipar ditahan polis


KUALA LUMPUR – Polis telah menahan seorang artis veteran yang disyaki memukul abang iparnya dalam kejadian di sebuah flat perumahan yang terletak di Bandar Tun Razak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, mangsa berusia 41 tahun berselisih faham dengan suspek pada jam 2 petang semalam di rumah emaknya.


“Suspek yang juga adik ipar mangsa bertindak memukul dan mencederakan pengadu di bahagian kepala serta badan menggunakan besi panjang.

“Bertindak atas maklumat dan laporan pengadu, pada jam 12.01 tengah malam tadi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya membuat tangkapan ke atas suspek warga emas,” katanya di sini.

“Suspek yang berusia 64 tahun telah direman empat hari hingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Zam Halim menegaskan sebarang bentuk jenayah kekerasan dianggap kes serius dan disiasat dengan sebaik mungkin. 

– MalaysiaGazette