Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Malaysia memimpin negara lain mengehadkan kuasa veto


 KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa supaya hak dan kuasa veto ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dihadkan khususnya berkaitan genosid dan jenayah perang terhadap Palestin.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, gesaan ini disuarakan oleh wakil tetap Malaysia ke PBB baru-baru ini bagi mengekang negara-negara yang menyokong Israel meneruskan kekejaman terhadap penduduk Gaza.


“Wakil tetap kita ke PBB telah mengemukakan supaya hak veto ahli tetap PBB dibatalkan, tapi untuk kita tunggu saat itu berlaku, Malaysia cadangkan supaya hak veto ini ditapis dan dihadkan.

“Penggunaan kuasa veto tidak boleh digunakan jika bersangkut paut pembunuhan beramai-ramai atau jenayah perang,” katanya soalan tambahan Ahli Parlimen Ledang (PH) Syed Ibrahim Syed Noh.

Syed Ibrahim meminta meminta Menteri Luar menyatakan sama ada Malaysia boleh memimpin negara lain untuk mendesak Israel bukan hanya menjadikan gencatan senjata kekal menjadi syarat utama tapi juga membenarkan bantuan kemanusiaan masuk.

Mohamad berkata, untuk menghapuskan hak veto itu adalah sukar tetapi Malaysia berusaha untuk mengehadkannya.

Kuasa itu, tegas beliau tidak boleh digunakan ke atas jenayah terhadap manusia, genosid dan jenayah perang kerana kita tahu Israel akan memekakkan telinga, tidak akan peduli apa sahaja keputusan atau resolusi-resolusi.

Terdahulu Mohamad berkata, Malaysia menggunakan pelbagai platform dan pentas dunia untuk menegaskan secara lantang bantahan terhadap kegasan yang dilakukan oleh Israel.

“Malaysia sentiasa memberi penekanan dengan tegas dan latang menggunakan segala platform yang ada pentas seluruh dunia dengan kemukakan pandangan berprinsip supaya Israel menghentikan keganasan.

“Hubungan diplomasi juga kita gunakan untuk bersuara. Baru-baru ini Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan tegas dan lantang di Australia dan German bersuara, kutuk pembunuhan beramai-ramai di Palestin,” ujarnya.


- MalaysiaGazette