Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pembantu kedai wanita ditikam 9 kali hingga mati (video)



SIBU: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menikam seorang pembantu kedai sehingga maut dalam kejadian di Pusat Kormersial Sibu Jaya petang semalam.

Suspek berusia 28 tahun itu ditahan sekitar jam 9.20 malam pada hari yang sama dan polis turut menjumpai senjata yang digunakan ketika kejadian terbabit.


Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, mangsa yang berusia 24 tahun ditemukan terbaring berlumuran darah oleh orang awam di bahagian pejalan kaki berdekatan premis tempat mangsa berkerja.

“Ketika ditemui mangsa dalam keadaan separuh sedar serta memegang bahagian abdomennya yang berlumuran darah akibat tikaman terbabit.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sibu bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun katanya, polis kemudian dimaklumkan mangsa telah meninggal dunia sekitar jam 11.30 malam tadi oleh suami mangsa.

Kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan namun polis masih belum dapat mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Justeru beliau menasihati orang awam untuk tidak membuat spekulasi berkenaan kejadian itu sehingga boleh mengganggu siasatan pihak polis.

video CCTV di telegram (bahagian komen)

sumber: Buletin TV3