Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gerakan tak pernah ganggu dasar dan perjuangan kami -PAS


Sedangkan Gerakan pun diterima PAS, kata Hashim Jasin, sudah tentu parti lain yang dianggotai orang Melayu Islam juga disambut baik untuk menyertai PN.

Menurut Mursyidul Am PAS itu parti berkenaan sememangnya sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dalam "semangat perpaduan ummah" yang dibawa mereka.


“PAS sentiasa terbuka menerima parti-parti Melayu Islam dalam semangat perpaduan ummah ini.

"Boleh lihat PAS bersama Bersatu dan boleh menerima Gerakan di dalam PN walaupun (Gerakan) bukan Islam," katanya dipetik harakahdaily di Kompleks PAS Perlis.

Mengenai kerjasama PAS dengan Gerakan, Hashim berkata: "Kita (PAS) terima Gerakan sebab dia tidak pernah ganggu perjuangan dan dasar-dasar kita." ujarnya.