Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu Najib, Zahid bertemu semua Ketua Bahagian UMNO secara tertutup

 

KUALA LUMPUR – Isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi intipati pertemuan tertutup antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua-ketua bahagian parti itu, hari ini.

Antara yang hadir pada pertemuan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh.


Difahamkan seramai 238 yang hadir termasuklah ketua-ketua bahagian, Exco Pemuda Wanita dan Majlis Tertinggi Pusat.

Seramai 173 Ketua Bahagian dan MKT hadir manakala Exco Wanita dan Pemuda seramai 65 orang hadir pada perjumpaan tertutup yang dijangka berlangsung kira-kira dua jam.

Ketua bahagian yang ditemui MalaysiaGazette tidak mahu membuat ulasan tentang pertemuan tersebut, malah ramai tidak tahu kerana di panggil saat akhir.

Semalam, MKT UMNO mengadakan mesyuarat sebelum mencapai ketetapan untuk meneruskan usaha mendapatkan pembelaan penuh terhadap Najib.

Pada Jumaat lepas, Lembaga Pengampunan mengumumkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022.

Beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028. – MalaysiaGazette