Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sembilan individu terperangkap dalam runtuhan bangunan di Pulau Pinang (video)


BAYAN LEPAS: 9 orang pekerja pembinaan terperangkap dalam kejadian runtuhan bangunan dalam pembinaan, di sini.

Kejadian berlaku di tapak pembinaan Bangunan DHL berhampiran pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.58 malam.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Seri Balik Pulau dan Jalan Perak bergegas ke lokasi untuk operasi carilamat.

“Apabila pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati terdapat runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan.

“Berdasarkan maklumat awal terdapat 9 orang mangsa terperangkap dan kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan.

Terkini, empat mangsa yang tertimbus berjaya dikeluarkan, termasuk seorang maut, manakala lima lagi dipercayai masih terperangkap bawah runtuhan bangunan dalam pembinaan, berhampiran Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Azrul Khairi Abu Bakar, berkata tiga mangsa diselamatkan itu bagaimanapun mengalami kecederaan parah dalam kejadian malam tadi.

"Kesemua mereka sudah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya ketika hubungi, di sini, hari ini.

Azrul Khairi berkata, difahamkan ketika kejadian, terdapat 18 pekerja sedang bertugas.

"Sembilan daripada mereka kemudian dikatakan berehat untuk menunaikan solat, manakala sembilan lagi meneruskan kerja," katanya.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam laporan awal mengesahkan sembilan mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kejadian itu.

Tinjauan ketika ini mendapati selain JBPM, pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS), masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi.

Difahamkan, bangunan sedang dalam pembinaan itu membabitkan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang antara lain meliputi pejabat, ruang parkir dan gudang.

video: