Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bekas DJ Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati, dibebaskan mahkamah


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini melepas dan membebaskan bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah daripada pertuduhan mengedar dadah dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Muhammad Jamil berkata, pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan atau milikan terhadap dadah dalam sebuah beg berada dalam bilik di rumah sewanya.


Sejurus selepas keputusan itu, Ismahalil kelihatan menangis serta sujud syukur.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Ismahalil sebelum ini yang merupakan saksi pembelaan pertama memberitahu mahkamah bahawa bilik tingkat atas kediamannya di Jalan Semarak, di sini, iaitu tempat dadah ditemui itu bukan digunakannya secara eksklusif, sebaliknya turut diakses oleh pihak-pihak lain.

Beliau berkata, bilik tersebut turut digunakan oleh sekumpulan deejay dan krew stesen radio swasta sebelum menunggu giliran untuk ke udara (on air) selain turut menjadi ruang persinggahan pihak pengurusan kedai dan tetamu. 

– Malaysiagazette