Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib terima anugerah Tokoh Pemuda UMNO 2023



KUALA LUMPUR: Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Anugerah Tokoh Pemuda UMNO 2023 bersempena Perhimpunan Pemuda UMNO 2023 yang berlangsung hari ini.

Najib menerima pengiktirafan itu sebagai tanda penghargaan bekas Perdana Menteri tersebut bukan sahaja dalam aspek dasar ekonomi negara, malah memperkenalkan dasar pembangunan yang tuntas merangkumi setiap lapisan rakyat.


Justeru, bagi menghargai jasa Najib, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Pemuda UMNO 2023 dalam perhimpunan tersebut yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTKCL) di sini hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh kemudian menyampaikan trofi anugerah itu kepada Najib yang diwakili anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Terdahulu, satu video montaj ditayangkan kepada perwakilan Pemuda UMNO yang berkisar sejarah dan rekod khidmat Najib sepanjang berkecimpung dalam politik.

Dewan Tun Razak kemudiannya bergema dengan laungan Bossku yang sinonim dengan gelaran Najib selepas beliau tidak lagi bergelar sebagai Perdana Menteri.

Walaupun UMNO kini sebahagian dari kerajaan, Najib kini masih menjalani hukuman penjara 12 tahun berserta denda RM210 juta walaupun UMNO sendiri yang mendakwa Najib menghadapi pendakwaan terpiouh dan tidak mendapat keadilan di dalam perbicaraan.

 -UTUSAN/TunCarlos