Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Keadilan untuk Najib' hanya sekadar slogan politik sahaja


Satu perkara yang buat saya kurang selesa dan kurang percaya dengan kerajaan perpaduan hari ini ialah perkataan "keadilan" ini sekadar satu lagi slogan politik sahaja.

Sebab itu, saya tidak mahu lagi membantu atau pertahankan kerajaan perpaduan ini.

Selain kes RM42 juta SRC yang Najib telah disabitkan dan dipenjarakan hampir 10 bulan dahulu, Najib juga menghadapi kes-kes berikut.


KES 1. Kes jenayah SRC RM27 juta.

- ini sebenarnya adalah sebahagian daripada kes RM42 juta SRC tetapi dibuatnya kes berasingan atas kesilapan Tommy Thomas masa dahulu. 

Kenapa pula Najib didakwa dua kali bagi kes yang sama? Dah dipenjarakan sebab SRC dan masih mahu dipenjarakan lagi ke?

Najib telah didakwa pada tahun 2018 dan 5 tahun kemudian dia masih menghadapi kes ini.

Update terbaru ialah minggu lepas, pihak pendakwaan minta kes ini ditangguh lagi 

"Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memberitahu hakim K Muniandy berkenaan perkara ini ketika sebutan kes hari ini."

"29 Mei 2023: Sebutan kes SRC RM27 juta terhadap Najib ditetapkan 18 Ogos"

KES 2: Kes jenayah 1MDB-IPIC

- kes ini memang langsung tak ada lagi kes setelah kerajaan perpaduan telah menyelesaikan kes dengan IPIC 

Dulu, kerajaan dakwa Najib akan menyebabkan negara kehilangan RM6.6b tetapi akhirnya, negara tidak kehilangan RM6.6b tetapi  mendapat semula RM8.08b dan juga akan mendapat komitmen pelaburan bernilai RM7.5b lagi?

Kes ini yang didakwa pada tahun 2023 masih belum bermula.

Update terakhir ialah pendakwaan sekali lagi minta kes ini ditangguh sekali lagi pada minggu lepas selepas meminta tangguh pada bulan April lalu.

"29 Mei 2023: AGC needs more time to study Mohd Irwan's second representation on CBT case"

KES 3: Kes jenayah 1MDB Audit

- pendakwaan telah kalah kes ini setelah hakim membebaskan dan melepaskan Najib setelah mendapati bahawa Najib tidak pernah minta laporan audit diubah dan segala perubahan dalam laporan audit yang didakwa telah diubah adalah remeh dan tidak material.
- Namun kerajaan merayu pula keputusan ini dan menyebabkan Najib masih perlu menghadapi kes ini.

KES 4: Kes jenayah 1MDB-Tanore

- Kes ini masih di peringkat mahkamah tinggi sejak Najib didakwa pada tahun 2018 dan telah dilanjutkan atas permintaan pendakwaan ke bulan November 2023 - iaitu 5 tahun selepas Najib didakwa.
- Sehingga kini, Zeti masih belum dipanggil - iaitu hampir 7 bulan selepas dia cuti sakit. 

KES 5: Kes muflis LHDN

- Kes ini adalah paling mengarut. Kenapa pula RM2.6 bilion yang disahkan dipulangkan kepada penghantar asal 4 bulan boleh pulak dikatakan adalah pendapatan dan dikenakan cukai dan denda ke atas denda RM1.7 bilion?

- Sehingga kini, LHDN masih tidak mahu mendedahkan pengiraan taksiran cukai Najib dan hanya salah gunakan undang-undang untuk paksa Najib bayar sebelum merayu - iaitu undang-undang "bayar dulu, bincang kemudian".

- menurut sumber LHDN, ianya mendiang Gopal Sri Ram yang suruh LHDN kenakan kes ini ke atas Najib secara paksa. Orang pun sudah mati tapi kes mengarut ini masih diteruskan?

KES 6: Saman sivil SRC

- Kes ini juga dimulakan oleh kerajaan Muhyiddin dan peguam peribadinya Rosli Dahlan pada tahun 2020 ketika Najib mula lawan Muhyiddin.
- SRC milik 100% kerajaan telah saman Najib dan mahu Najib bayar gantirugi RM42 juta. Najib telahpun didendakan RM210 juta (iaitu RM5 bagi setiap RM1 bagi RM42 juta berkenaan). SRC masih mahu Najib bayar lagi?
- lagi mengarut ialah kes ini telah ditundakan pada bulan Mei lepas untuk didengar pada tahun 2025 (iaitu hampir dua tahun lagi).

"5 Mei 2023: Perbicaraan kes saman SRC terhadap Najib ditetapkan 2025"
https://www.malaysiakini.com/news/664077

KES 7: Saman sivil 1MDB

- Kes ini juga dimulakan oleh kerajaan Muhyiddin dan peguam peribadinya Rosli Dahlan pada tahun 2020 ketika Najib mula lawan Muhyiddin.

- 1MDB milik penuh kerajaan mahu Najib bayar gantirugi US$8 bilion (RM37 bilion biarpun kerajaan sudahpun mendapat balik hampir semua wang yang didakwa hilang.

- Macam mana Najib mahu bayar RM37 bilion? Kamu pun sudah mufliskan dia melalui kes LHDN. Masih mahu bankrapkan dia yang sudah bankrap dan sudah dalam kerajaan? Jika kerajaan menang kes ini pun, kerajaan tak dapat satu sen manfaat.

- Kes ini masih diteruskan dan perdengaraan terakhir ialah dua minggu lalu di mana 1MDB dakwa Najib tak dedah kesemua aset miliknya kepada mahkamah sebab dia tak declare aset-aset yang dia dapat kembali setelah menang saman daripada kerajaan pada akhir tahun lepas - hanya sekadar mahu menyusahkan lagi Najib.

"26 Mei 2023: 1MDB dakwa Najib tak dedah kesemua aset miliknya kepada mahkamah"

Kami sedia maklum bahawa Mahathir telah buat segala-galanya untuk bunuh Najib dan maklum bahawa ianya kuasa Peguam Negara Tommy Thomas untuk mengenakan seberapa dakwaan yang dia mahu terhadap Najib.

- Mahathir telah pecat Ketua Hakim Negara.

- Mahathir telah langgar Akta JAC 2009 untuk melantik Ketua Hakim Negara baharu

- Hakim kes Najib pula digantikan dengan Hakim yang tiada pengalaman jenayah setelah kes bermula. Hakim ini juga telah dibuktikan oleh SPRM mempunyai konflik kepentingan dan telah salah fakta dalam kehakiman bertulisnya terhadap Najib.

- Mahathir lantik peguam swasta yang pro-PH untuk menjadi Peguam Negara

- Lalu, Tommy juga telah lantik dua orang peguam pro-PH untuk dijadikan Timbalan Pendakwa Raya kes Najib.

- Mahathir lantik ahli politik PKR anti-Najib sebagai ketua SPRM

- Mahathir lantik Ketua Polis Negara yang telahpun bersara sebab dia sangat setia pada Mahathir.

- Mahathir rampas semua aset-aset Najib dan bekukan akaun-akaun bank Najib supaya Najib kurang kemampuan untuk bela diri.

- Kerajaan Mahathir juga telah dakwa dua peguam bela Najib dan juga hampir semua ahli-ahli keluarga Najib.

Kita juga maklum bahawa Najib telahpun dinafikan hak pembelaan pada peringkat mahkamah persekutuan dan telah dimasukkan ke dalam penjara secepat mungkin oleh Maimun.

Setelah 6 bulan kerajaan perpaduan wujud, Najib tak dapat apa-apa keadilan pun. Dia masih dalam penjara sebab kesalahan yang begitu kejam iaitu bukan hak dia untuk sedekahkan RM42 juta duit SRC dan dia masih menghadapi semua kes-kes dimulakan Mahathir dan Muhyiddin ini.

Dia masih perlu berbelanja duit yang banyak setiap bulan untuk menghadapi 6 kes mahkamah yang dikenakan kerajaan biarpun dia tidak mempunyai sebarang pendapatan sebab berada dalam penjara.

Kita faham bahawa pengampunan Diraja adalah di luar kawalan kerajaan dan adalah hak YDPA dan ianya masih belum sampai giliran Najib. 

Tetapi nak gugurkan kes-kes mengarut Najib adalah dalam kawalan kerajaan dan sekiranya kerajaan perpaduan benar-benar mementingkan keadilan, kenapa tiada satu pun kes mengarut yang dikenakan ke atas Najib pun tidak digugurkan atau ditarik balik?

Sumber: LimSianSee