Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Teknologi AI dari Huawei digunakan dalam konflik di Xinjiang

Kem pelarian Uyghur di Xinjiang

Kuala Lumpur –Huawei, syarikat China yang sangat berminat dengan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia cuba memfailkan patent teknologi mengesan orang mengikut ciri-ciri kaum mereka. 

Dalam pemfailan paten itu, etnik Uigyhur diletakkan sebagai contoh individu yang dapat dikesan teknologi itu. 

Usaha mendapatkan patent teknologi mengesan kaum ini juga melibatkan beberapa syarikat teknologi China lain termasuk Alibaba, Baidu dan Megvii. 


Uigyhur adalah suku etnik beragama Islam yang menetap di wilayah Xinjiang. Kerajaan China dituduh melakukan “program pendidikan semula” menggunakan teknologi pemantauan canggih.

 Menurut laporan pelbagai badan hak asasi, ratusan ribu individu beretnik Uigyhur ditahan di kem tahanan dengan ada kanak-kanak yang dipisahkan daripada keluarga. 

Mereka yang tidak ditahan pula dipantau secara ketat dan disekat kebebasan untuk beragama.
 
Pemfailan patent teknologi pengesan kaum ini dilaporkan bermula sejak Julai 2018. Ia adalah teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh mengenal pasti ciri-ciri orang awam yang dirakam di tempat awam. 

Ia memberi tumpuan kepada gaya bahasa badan mereka yang dirakam, dengan ciri-ciri kaum yang disasarkan termasuk etnik Uigyhur. 

Teknologi syarikat China ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak kerana kaitannya mereka dengan kerajaan China dalam aktiviti perisikan dan pemantauan.
 
Tom Tugendhat, pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen UK tentang Dasar Luar memberitahu BBC News yang semua pihak perlu berwaspada dengan syarikat teknologi China.
 
“Gergasi teknologi China menyokong serangan ganas ke atas populasi Uigyhur memberikan kita bukti mengapa kita sebagai pengguna dan masyarakat perlu berhati-hati dengan siapa kita membeli produk atau memberikan kontrak perniagaan. 

“Membangunkan teknologi pelabelan kaum untuk digunakan rejim pemerintah kejam jelas bukanlah sikap yang memenuhi standard perilaku kita,” katanya.
 
Badan pemantau hak asasi, Human Rights Watch (HRW) pula mendedahkan yang salah satu syarat diminta Kementerian Keselamatan Awam China adalah kebolehan teknologi untuk mengesan kaum terutama Uighyur. 

“Salah satu syarat teknikal Kementerian Keselamatan Awam China berkaitan rangkaian pemantauan video adalah pengesanan kaum, terutama sekali untuk Uiyghur,” kata Maya Wang daripada HRW. 

Huawei dan syarikat China yang didedahkan cuba mempatentkan teknologi pengesanan kaum ini, bagaimanapun, menafikan teknologi itu akan digunakan untuk menindas kaum tertentu. 

Ref: https://www.bbc.com/news/technology-55634388