Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syarikat Boustead yang kontroversi dapat kontrak baru kapal selam


Kuala Lumpur – Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), pemegang saham terbesar Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam skandal kapal pesisir pantai (LCS) menerima kontrak untuk dua kapal selam bernilai RM140 juta daripada Kementerian Pertahanan. 

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, BHIC berkata anak syarikatnya, BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd dianugerahkan kontrak untuk perkhidmatan sokongan sementara untuk dua kapal selam Kelas Perdana Menteri tentera laut Malaysia. 

Kontrak pertama bernilai RM99.8 bilion akan tamat pada 14 Februari 2024 dan kontrak kedua untuk menaiktaraf fasiliti kapal selam tentera laut bernilai RM40.2 juta akan tamat pada 31 Disember. 


Surat tawaran kontrak dihantar kepada BSES pada 5 Mei lepas dan diterima syarikat berkenaan pada 17 Mei. 

BHIC dikaitkan dengan skandal kapal pesisir pantai (LCS) untuk TLDM dengan laporan audit pada Ogos 2022 mendedahkan wujud pelbagai masalah dalam projek bernilai RM9 bilion. 

Menurut laporan audit berkenaan, tiga syarikat didakwa mencuri RM23.37 juta daripada projek LCS itu. 

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan RM6 bilion dibelanjakan sejak 2014 tetapi tiada satu pun kapal LCS dihantar kepada TLDM.
 
BHIC mengumumkan kerugian sebanyak RM28.1 juta pada suku pertama tahun 2022 berbanding RM564,000 keuntungan pada suku sebelumnya. 

Pemberian kontrak kepada syarikat bermasalah ini menimbulkan pelbagai isu selepas Putrajaya berikrar akan menamatkan monopoli syarikat tertentu dalam perniagaan berkaitan kepentingan negara. 

Pada 3 Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan pemecahan monopoli Digital Nasional Berhad (DNB) akan berlaku seawal tahun hadapan dengan pelantikan pemborong kedua rangkaian kedua 5G. 

Ini dilakukan walaupun DNB terbukti cemerlang dalam pelaksanaan rangkaian 5G yang kini sudah mencecah lebih 60% tahap liputan. Malah penilaian dibuat Maybank Investment Bank menganggarkan DNB akan bernilai RM15 bilion dalam tempoh 15 tahun lagi. 

Disunting dari: FMT