Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahkamah Tertinggi Perancis benarkan akta anti-Huawei


Kuala Lumpur – 12 Mei 2023 
Mahkamah Tertinggi Perancis membuat keputusan yang undang-undang diperkenalkan kerajaan berkaitan sekuriti rangkaian 5G di negara itu – dianggap banyak pihak sebagai akta anti-Huawei- tidak melanggar Perlembagaan. 

Mahkamah Perlembagaan Perancis menyokong undang-undang bertujuan “menjaga dan menyelia kepentingan pertahanan dan sekuriti negara dan melindungi rangkaian mobil radio daripada risiko perisikan, cetak rompak dan sabotaj.” 

Keputusan ini memberikan kesan buruk kepada Huawei serta dua syarikat telekomunikasi Perancis, SFR dan Bouyues Telecom yang membawa kes itu ke mahkamah. 


Walaupun nama Huawei tidak disebut di dalam akta tersebut, Agensi Sekuriti Sistem Maklumat Nasional (ANSSI) mengenakan sekatan ketat terhadap sebarang permohonan jika “operator dan perkhidmatan pembekal, termasuk subkontraktor, dibawah kawalan atau campur tangan negara bukan ahli EU.” 

Syarat ini mewujudkan masalah kepada kedua-dua syarikat Perancis itu yang perlu mendapatkan kebenaran dalam tempoh dua tahun, jika gagal, mereka perlu menggantikan penggunakan menara dipasang Huawei yang akan menelan belanja besar kepada syarikat tersebut.
 
Bagaimanapun, kerajaan sudah memberi amaran mereka tidak akan memberi pampasan sekiranya ia berlaku. 

Setakat 31 Disember lepas, terdapat 8,675 tapak rangkaian 5G untuk kegunaan komersial dipasang di Perancis.
 
Huawei antara syarikat peneraju industri telekomunikasi dunia berdepan sekatan dan tekanan global kerana didakwa menjadi alat perisikan Beijing. 

Beberapa buah negara kuasa besar termasuk Amerika Syarikat, Kanada, India dan Jepun mengharamkan syarikat itu terlibat dalam pelaksanaan 5G. Jerman pula dalam proses menggantikan semua komponen elektronik dipasang syarikat China termasuk Huawei dan ZTE dalam menara telekomunikasinya kerana kebimbangan keselamatan. 

-end- 

Ref: 

https://www.euractiv.com/section/digital/news/5g-french-constitutional-court-backs-provisions-of-anti-huawei-law/